Sunday, January 27, 2008

kerongsang itu pemberian berharga buatmu

berat rasa hati ini membiarkan dirimu pergi
berat rasa gati melangkah hari akan datang tanpa dirimu
tapi siapalah aku untuk menghalang
siapalah aku untuk melawan kehendak takdir
mungkin aku terpaksa melepaskan dirinya
untuk mencari sinar kejayaan
pemergiaan itu terpaksa aku readhai
aku mulai merasakan aku mencintaimu dan menyayangimu
sebelum kau pergi sempat kau menghulurkan kerongsang yang cantik
dihiasi batu permata yang berkilauan
sebagai tanda peringatan
kini kerongsang itu akan ku jaga
dan sematkan ditudungku walau dimana sahaja ku berada
kerana ku tahu kerongsang itu
dapat mengubat rinduku ini kepada mu
akan ku jaga seperti aku menyayangimu

cinta yang telah pergi

dahulunya bunga bunga cinta
kian subur dan menyusuk harum
tetapi kin ia kian layu
sejak cinta yang pergi
kini hilang,kini hampa,kini sepi ,kini beku
meninggalkan cinta yang mendalam terhadapmu

kudisini terdiam membisu
ketika dirimu meninggalkan dirimu
kudisini terhenti nafasku
ketika cinta pergi menghilang
tegarkah aku hidup tanpamu
tegarkah aku??

setiap langkahmu,setiap saat,setiap waktu,setiap detik
diriku menbayangi dirimu kembali teringat kisah kisah cinta semalam
terkenang kenangan terindah dahulu
tapi kini kau telah pergi
tapi kini ku sepi
tapi kini ku keseorangan
tanpa cintamu
tanpa kasih sayangmu
tanpa gurau sendamu ini
aku amatmencintaimu

MENANTI DIRIMU

sejak kau melangkah pergi
sejak kau lafaz kata pergi
sejak kau ucap cinta padaku
titisan air mata ini jatuh berderai
sebak dihatiku hanya tuhan yang mengetahui
sakitnya hatiku ini berdepan dengan perpisahan

mengapa aku bertemu denganyamu
mengapa aku yang perlu merasai perasaan ini
setelah aku menyayangimu
setelah aku mencintaimu
setelah aku memberikan pengorbanan
mampukah aku tegar untuk teruskan kehidupan ku ini
tanpa dirimu
tanpa gurauan sendamu
tanpa mu mampukah aku
tegarkah aku???

tidak sanggup rasa ini berjauhan denganmu
tidak sanggup hati ini menahan kesedihan
tidak sanggup aku kehilanganmu
mungkin aku yang bersalah kerana membiarkan dirimu tertanya 2
setelah jadi begini barulah aku sedar aku mencintaimu.......
tapi bila saatnya kau pergi
aku terasa kehilanganmu
dan aku mulai merasakan benih2 cinta yang bertaburan
dalam hatiku ini
cuba ku selindun
cuba ku sembunyi agar tidak ku ketahui
tapi aku tidak mampu lagi
aku tidak mampu hipokrit dengan apa yang berlaku

tapi kini semuanya telah terlambat
untuku mengucapkan kata cinta
tiada guna lagi
dia telah pergi meninggalkan aku
dan aku tidak pasti kepulanganya nanti

yang pasti aku disini tetap menantimu
menanti kepulanganmu
menanti kepulanganmu dengan segulung ijazah
dan disaat itu akan ku lafazkan
bahawa aku juga mencintai dirimu
dan aku tidak mahu kehilangan mu buat kali ke2
bagiku penantian ini adalah satu penyeksaan